Tuesday, July 21, 2009

SEJARAH MRSM MUAR

SEJARAH MRSM MUAR


pintu

Maktab Rendah Sains MARA Muar mula dirancang pembinaannya sejak awal tahun 1977. Pada tahun 1978 rancangan tersebut mula dilaksanakan. Sebuah tapak yang sesuai telahpun dipilih di atas tanah di km 10, Jalan Bakri, Muar.

Keluasan tanah ini adalah kira-kira 23 ekar terletak di Mukim Bakri, Daerah Muar, Johor. Lokasi tersebut sungguh menarik dan indah dengan berlatar belakangkan Gunung Ledang yang menghijau serta terkenal di selatan tanah air.

Maktab Rendah Sains MARA Muar telah dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang pelajar . Pada tahun 1981, pengambilan pelajar baru pula adalah seramai 150 orang . Oleh sebab, pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka sekumpulan pelajar-pelajar baru telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu.

Pada tanggal 14hb Ogos tahun 1981, kampus MRSM telah mula boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula dikampus MRSM Muar ini. Kos pembinaan MRSM ini adalah berjumlah kira-kira 8 juta ringgit. Kawasan pembinaan telah melibatkan hampir 20 ekar dan bakinya adalah dikekalkan flora dan fauna aslinya, untuk kegunaan hutan rekreasi dan kajian bagi pelajar-pelajarnya.

Pada tahun 1997, projek peningkatan MRSM Muar dilaksanakan. Projek ini melibatkan pembinaan 2 blok bangunan asrama lelaki iaitu Blok Asrama Tun Razak (ATAR) dan Blok Asrama Tun Hussien Onn (ATHO). Pada pertengahan tahun 1998, sebelum World Cup 1998 di Perancis, pelajar tingkatan 4 (Batch 1998-1999) disuruh berpindah ke blok baru asrama yang telah siap pembinaannya.

Blok Asrama Tun Razak (ATAR) dan Blok Asrama Tun Hussien Onn (ATHO) telah dirasmikan untuk digunakan buat pertama kalinya oleh pelajar-pelajar lelaki MRSM Muar Batch 1998-1999.

atar

MRSM-MRSM DI MALAYSIA

Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA telah mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan Malaysia pada tahun 1970. Pada tahun 1971, pembinaan MRSM yang pertama telah dimulakan di Seremban, Negeri Sembilan. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. MRSM sulung ini menempatkan seramai 150 pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. Namun begitu , kini ia telah bertukar menjadi Kolej MARA Seremban. Tahun 1973 MRSM Kota Bharu pula ditubuhkan diikuti MRSM Kuantan tahun 1974. Kini MRSM terdapat di setiap negeri di Malaysia.

atho

MRSM Muar ditubuhkan pada tahun 1980 dan merupakan MRSM ke enam di bina selepas MRSM Kuala Terengganu .Pada tahun 1983 MARA telah mengadakan kerjasama dengan pihak tentera dalam menubuhkan MRSM Terendak, konsep ini diteruskan apabila perjanjian antara MARA dan Polis Diraja Malaysia dan wujudlah MRSM PDRM pada tahun 1991 di Kulim. Yayasan Terengganu dengan MRYT-MARA di Besut dan Dungun. Setiap MRSM dibina dilokasi yang menggalakan pembelajaran dan dilengkapi dengan peralatan yang menepati keperluan pendidikan yang sempurna.

Berikut di bawah senarai tahun penubuhan MRSM di Malaysia:-

Bil Nama MRSM

Tahun Penubuhan

* Kolej MARA Seremban, Negeri 1972
1 MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 1973
2 MRSM Kuantan, Pahang 1974
3 MRSM Kuala Terengganu, Terengganu 1978
4 MRSM Muar, Johor 1980
5 MRSM Jasin, Melaka 1981
6 MRSM Taiping, Perak 1982
7 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang 1982
8 MRSM Terendak, Melaka 1983
9 MRSM Beseri, Perlis 1985
10 MRSM Kerteh/Kuala Berang,Terengganu 1987
11 MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan 1987
12 MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan 1987
13 MRSM PDRM Kulim, Kedah 1991
14 MRSM Gerik, Perak 1993
15 MRSM Kuching, Sarawak 1993
16 MRSM Serting, Negeri Sembilan 1993
17 MRYT-MARA Dungun, Terengganu 1995
18 MRYT-MARA Besut, Terengganu 1995
19 MRSM Muadzam Shah, Pahang 1995
20 MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu 1997
21 MRSM Langkawi, Perak 1999
22 MRSM Pendang 1999
23 MRSM Transkrian 1999
24 MRSM Lenggung 1999
25 MRSM Kuala Kubu Baru 1999
26 MRSM Pasir Salak 2000
27 MRSM Jeli 2000
28 MRSM Kuala Krai 2000
29 MRSM Besut 2001
30 MRSM Kuala Lipis 2002
31 MRSM Mersing 2002
32 MRSM Batu Pahat 2002
33 MRSM Pontian 2002
34 MRSM Kota Kinabalu 2002

No comments:

Post a Comment